Friday 28 December 2012

Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah dan Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

1.Pengenalan

Pada zaman pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sekolah - sekolah vernakular bangsa lain menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar  pecah dan perintah penjajah British pada masa itu. Namun  apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa itu.  1956 Penyata Razak  telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai bahasa penghantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik,i dialek serta bahasa.   Menurut Penyata Razak  (1956 ) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah rakyat bersatu-padu melalui sistem persekolahan yang  menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama. Pernyataan ini disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib ( 1960 ).

2.Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah

Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu, peranan bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utama bagi semua system pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan  dalam akta pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya diinstitusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa penghantar di semua institusi  pendidikan dalam system pendidikan kebangsaan. Namun demikian , menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disesebuah
institusi pendidikan. Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan yang positif dan dinamik.
2.1 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan Rakyat Malaysia
Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan menggunakan bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah  malah institusi-instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Garvin dan Mathiot  (1968 ) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa stendart ialah fungsi penyatuan Bahasa boleh menjadi alat yang mengbhubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Bahasa penghantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan merialisasikan hasrat Negara yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak memadai untuk sesebuah Negara menyatupadukan rakyatnya. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat sesebuah Negara kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran.  Kerana itulah, bahasa penghantar yang sama di seluruh sekolah di sesebuah Negara mampu untuk menyatupadukan rakyatnya.
2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmiah  dan bahasa ilmu sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar antara pedagang-pedagang di Tanah Melayu pada waktu itu. Nilai dan taraf bahasa Melayu mengalami penurunan di zaman pemerintahan British. Setelah negara Malaysia mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa Kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bemula dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi-institusi pengajian tinggi. Dasar  bahasa Kebangsaan  menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi  telah meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961.
2.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi
Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan akan dapat mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.
3. Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu  kepada agenda pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantarnya ( Abu Hassan Othman, 1997 ). Hasrat negara untuk  membentuk sebuah  negara bangsa akan terlaksana dengan pembinaan sekolah- sekolah yang dapat menyatukan kaum-kaum di Malaysia.
3.1 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Lingua Franca
Bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau Melayu dan Indonesia.  Dalam kitab Sejarah Melayu menceritakan para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Melalui penelitian dan kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke – 15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatic. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin ( 2007 ), Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi  yang luas di rantau ini.  Pada ketika itu bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah British, Portugis dan Belanda.
Surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu sebagai dengan menggunakkan tulisan jawi.  Dokumen-dokumen berkenaan undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu juga menggunakkan bahasa Melayu dan ditulis menggunakkan tulisan jawi. perdagangan dan hubungan diplomatic.
3.2 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik 
Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian, sebagai bahasa komunikasi, dan bahasa persuratan  maka telah dipersetujui dan disepakati oleh  peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.
3.3 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Perpaduan
Menurut Penyata Razak (1957 ), bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk  yang berbilang kaum. Jelaslah bahawa bahasa Melayu telah dijadikan alat perpaduan yang sangant penting kepada Negara Malaysia yang berbilang bangsa. Perpaduan antara masyarakat Malaysia adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin menjadikan system pendidikan Malaysia menyamai taraf pendidikan dunia. Tanpa perpaduan juga Negara akan kucar- kacir dan paling ditakuti akan memusnahkan sebuah Negara yang sememangnya aman dan masyhur di seluruh dunia dengan masyarakatnya yang bersatu walau berlainan bangsa, etnik, dan kepercayaan. Masyarakat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia  mempunyai tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina dan India. Kaum  Melayu merupakan penduduk asal Malaysia serta menjadi kaum yang terbesar di Malaysia, iaitu melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kerana itulah juga, bahasa melayu telah dipilih berdasarkan kaum  majority penduduk. Negara Malaysia telah mewajibkan seluruh penduduk Malaysia mengetahui bahasa Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Garvin dan Mathiot ( 1968 ) menyatakan, bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Terbuktilah bahawa bahasa boleh bertindak sebagai alat yang
menghubungkan  penutur - penutur  yang menuturkan berbagai – bagai dialek bahasa yang sama, dan dengan sedemikian dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Ini akan dapat merealisasikan hasrat Negara yang mahu mewujudkan satu bangsa yang dinamakan  bangsa Malaysia.
4. Kesimpulan
Kesimpulannya, bahasa Malaysia telah mencapai tahap kegemilangannya sejak zaman kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu kerana Bbahasa Malaysia mudah untuk dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain di samping ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu juga sentiasa dapat menerima pengaruh bahasa – bahasa yang lain dan menyebabkan bahasa Melayu dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca di kepulauan Melayu pada masa itu. Setelah Negara Malaysia mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diberi keutamaan untuk menjadi bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan Negara yang sememangnya telah menaikkan taraf dan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah serta  institusi – institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bahasa Melayu juga telah dijadikan alat perpaduan yang terpenting di dalam system pendidikan Melayu. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa komunikasi utama bagi masyarakat Malaysia seterusnya telah menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk memelihara serta memertabatkan bahasa Melayu sehingga ke tahap  antarabangsa.




1 comment:

  1. How to play with PayPal at casino sites
    We recommend gambling 광주 출장안마 online for all types of casino players. We have created a 속초 출장안마 gambling site that is completely 김해 출장샵 safe and secure. We also Deposit Options: Bitcoin, USD, EUR, DRL, US, LEX, AUD, CZR‎PayPal 고양 출장마사지 · ‎Rafabet · ‎Casino.eu · ‎Online 서귀포 출장샵 Casino

    ReplyDelete