1.0 Pendahuluan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang yang berhasrat
untuk menaikkan taraf pendidikan di Malaysia agar setaraf dengan pendidikan
dunia telah menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Bahasa melayu telah
mengalami banyak perubahan, bagi memenuhi keperluan-keperluan semasa
berkepentingan untk meningkatkan taraf bahasa Melayu itu sendiri. Sememangnya
bahasa itu terdiri daripada tatabahasa atau nahu bahasa itu sendiri. Aspek terpenting di dalam tatabahasa ialah
aspek morfologi dan aspek sintaksis. Mofologi mengkaji tentang struktur ,
bentuk serta penggolongan kata. Sintaksis pula mengkaji pembentukan ayat serta
hukum-hukum di dalam ayat.
2. 0 Konsep Tatabahasa
Menurut
ensiklopedia bebas (Wikipedia ), tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya
mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Mofologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis pula adalah kajian
tentang pembentukan ayat.
3.0 Morfologi
Asmah Hj Omar ( 1993 ), menyatakan morfologi
sebagai peninjau linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem
dan varian morfem. Manakala Abdullah Hassan ( 2005 ), pula mentakrifkan
mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di
bina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.
Menurut Nik Safiah Karim ( 2008 ), menjelaskan mofologi sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang dinyatakan
dapatlah dijelaskan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
3.1 Morfem
Morfen ialah unit terkecil yang menjadi unsur
perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu
yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu
morfem. Contohnya, perkataan bawa.
Bawa tidak akan berfungsi dan bermakna jika dipecahkan kepada ba dan wa. Sebaliknya kata dibawa
boleh dipecahkan kepada dua morfem,
iaitu di dan bawa. Kesimpulannya perkataan boleh terdiri daripada
beberapa morfem. Merfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
3.1.1 Morfem Bebas
Menurut Mark S. Letourneau (2001)
mentakrifkan morfem bebas yang disebut “free morphemes” dalam
bahasa Inggeris sebagai”…morphemes that can occur by themselves in a phrase
or sentence”. Contohnya perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri
dalam rangkai kata atau ayat. Abdullah Hassan (2004), morfim bebas secara
ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Contohnya, perkataan peluh
yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.
Berdasarkan pendapat yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa morfem
bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa
kehadiran morfem lain. Contohnya, perkataan murid, jual dan baik
yang boleh berdiri dengan sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima
morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.
3.1.2 Morfem terikat/imbuhan
Menurut Mark S. Letourneau ( 2001), morfem terikat yang dikenali sebagai
“ bound morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “… morphemes that
cannot occur by themselves”. Contohnya, - s, -er, dan –ing
yang perlu hadir bersama dengan morfem
lain bagi membolehkan morfen jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”
“writer” dan “writing”. Manakala, Abdullah Hassan (2005), pula
menyatakan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang – kurangnya satu
morfem lain. Contohnya, berpeluh daripada cantuman ber dan peluh.
Imbuhan awalan ber – ialah morfem
terikat kerana ber – tidak boleh berdiri berdiri sendiri dan memerlukan
suatu bentuk lain dalam penggunaannya.
Menurut Abdullah Hassan ( 2005 ), kata akar seperti kata anai
juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud
bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai - anai.
Kesimpulannya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud
bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada
imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem
lain bagi melengkapkan maknanya, Contohnya kata akar tapa perlu menerima
imbuhan ber – menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan. Namun
demikian, terdapat juga bentuk-bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai
morfem terikat. Bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat
ialah kata yang tidak boleh berdiri sendiri untuk membawa makna yang lengkap. Contohnya,
perkataan mayur tiada makna jika tidak ditulis atau disebut sayur-mayur.
Morfen terikat/imbuhan boleh dibahagikan seperti berikut:
a) Awalan.
Ditambah pada badagian depan kata dasar.
Contoh: berlari, bermain, membaca
b) Akhiran.
Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
Contoh : ambilan, mainan, temui
c) Sisipan.
Diselit di antara unsur-unsur kata dasar.
Contoh : telapak (tapak)
d) Apitan.
Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata
dasar.
Contoh : permainan, perusahaan,
memasukkan
3.2 Bentuk Kata
Bentuk kata terbahagi kepada bentuk tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
3.2.1 Kata tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu
bentuk kata dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
lain. Kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluaskan dengan bentuk kata terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada
satu suku kata atau lebih suku kata.
Kata tunggal dibahagikan kepada tiga jenis :
a) Kata tunggal merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
perkataan yang bermakna.
Contoh : murid, kuali, beg,
b) Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi
memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada,
c) Kata akronim, merupakan perkataan yang diterbitkan melalui proses
penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
Komuter – keretapi berkomputer
3.2.2 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar
yang menerima imbuhan. Kata terbitan ini
terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan.
a) Kata terbitan awalan
b) Kata terbitan akhiran
c) Kata terbitan apitan
d) Kata terbitan sisipan
3.2.3 Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang
wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan
sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit
dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagi kepada tiga :
a) Kata Nama Majmuk .
Contoh : setiausaha, warganegara,
tangatangan
b) Kata Kerja Majmuk.
Contoh : menendatangani, bertanggungjawab,
memberitahu
c) Kata Sifat Majmuk.
Contoh : sukacita, dukacita
d) Kata Tugas Majmuk.
Contoh : apabila, apakala, apahal,
apalagi, bagaimana
Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis :
a) Kata majmuk berbentuk istilah
serta berbentuk gelaran
Contoh : gambar rajah, biru laut
menteri besar, profesor
madya
b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus
Contoh : garis pusat, mata
pelajaran, kertas kerja
c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan ( simpulan bahasa )
Contoh : kaki bangku, makan angin
3.2.4 Kata Ganda
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata
yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata
ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu
dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Terdapat tiga jenis kata ganda :
a) Penggandaan penuh.
Proses yang menggandakan keseluruhan kata
ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama,
kata kerja dan kata sifat juga boleh digandakan.
Contoh : pokok-pokok, buku-buku,
b) Penggandaan separa
Proses yang menggandakan sebahagian kata
dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Contoh : kekabu, berlari-lari
c) Penggandaan berentak
Proses penggandaan berentak memerlukan
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu, penggandaan berentak
mengulangi vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan
berentak bebas.
3.3 Pembentukan Kata
Menurut
, ensiklopedia bebas ( Wikipedia ), Dalam linguistik, pembentukan kata ialah
proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk melalui tiga cara
utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Jelaslah bahawa pembentukan kata dalam bahasa Melayu
mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataan. Terdapat bentuk perkataan yang bersifat tunggal.
Contohnya kelas, hadir dan kelabu. Di samping itu terdapat
perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.
a) Pengimbuhan.
Contoh : meninggal, dan meninggalkan.
b) Pemajmukan.
Contoh : kereta api dan surat
khabar.
c) Penggandaan
Contoh : pokok-pokok dan bola-bola.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009 ), bahasa
Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis
bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivative. Jenis bahasa yang
sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau
penggabungan morfem kata dasar dengan
morfem imbuhan secara rentetan mendatar,
iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada mendahului (awalan),
menyisip ( sisipan ), atau mengikuti ( akhiran ) kata dasar tersebut. Proses
pembentukan yang bersifat derivative ini dapat menerbitkan banyak perkataan,
iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat
dalam bahasa Melayu. Contohnya, perkataan manis apabila mengalami proses pembentukan kata
dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu maniskan, memaniskan, manisan,
bermanis muka, dimaniskan,
dan sebagainya.
3.4 Penggolongan kata
Menurut Nik Safiah Karim et al.( 2009 ), perkataan
dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa golongan tertentu
berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi, kriteria
struktur morfem, criteria sintaksis, dan kriteria semantik. Semua perkataan
bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal ( termasuk
pengakroniman ), pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan, boleh digolongkan
dalam beberapa golongan kata yang mempunyai persamaan yang tertentu.
Nik Safiah Karim et al. (2009 ), telah menggolongkan
perkataan kepada empat golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas
4.0 Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi. Sintaksis bukan sahaja mengkaji
proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana
perkataan disusun dalam ayat.
4.1 Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat,
iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh : Fatini sedang membaca buku
cerita.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iitu
(i) Fatini sedang dan bahagian (ii) membaca buku cerita. Bahagian
subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat
bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai sama ada unsure-unsur frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FS).
4.2 Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya dua perkataan dan sekiranya terdiri daripada satu
perkataan sahaja , ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkatan atau
lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.Terdapat empat
jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan
frasa sendi nama (FS). Menurut binaannya frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu, frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
5.0 Analisis Empat Kesalahan Tatabahasa
5.1 Kesalahan menggunakan kata sendi dari dan daripada.
Kata sendi dari digunakan untuk tempat
dan waktu, manakala daripada hanya untuk manusia, perbandingan, asal kejadian,
benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
5.2 Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku
dengan kata kerja pasif.
Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu
ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika menggunakan kata bantu atau
kata naïf, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja
pasif.
5.3 Kesalahan penggunaan kata ganti diri dia dan ia dalam ayat.
Kata ganti diri
dia dan ia hanya untuk manusia, tidak boleh
digunakan untuk binatang dan benda.
5.4 Kesalahan penggunaan kata bilangan setengah-setengah,
berbagai-bagai dan tiap-tiap.
Penggunaan kata bilangan setengah-setengah,
dan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan.